25 February 2011

AWAS dengan agen2 dr company ni...

Pengguna adalah dinasihatkan agar berwaspada sekiranya dikunjungi agen-agen syarikat Jualan Langsung seperti yang tertera dibawah :
  1. GLOTRON MARKETING SDN BHD
  2. JUTRONIC MARKETING SDN BHD
  3. TECHLIGENT MARKETING SDN BHD
  4. FANCY-ED MARKETING SDN BHD
  5. PENZONE MARKETING SDN BHD
  6. CASA SINARAN
  7. EZONO NETWORK SDN BHD
  8. WELLNIC SUPPLY SDN BHD
  9. INTOUCH WORLD
  10. BRAND HOME EQUIPMENT 
Syarikat-syarikat ini menjalankan perniagaan secara jualan langsung berkonsepkan "GORES & MENANG". Sejak kebelakangan ini pihak NCCC telah menerima banyak aduan berkaitan dengan isu in

Tujuan pesanan ini dibuat untuk mengelakkan Orang Ramai kena tipu lagi. Kerana ada orang kena tipu sebanyak RM 5000, RM 5000 itu adalah duit simpanan yang disimpan selama 5 tahun tetapi ditipu dalam masa 1 jam.

Sila sebarkan kepada IBU BAPA, saudara dan kawan kawan yang terdekat, bagi mengelakan penipuan lagi.

kredit to SAY NO TO MLM

kredit to SAY NO TO MLM

Kenapa MLM adalah skim piramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.'
tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon
boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

Pemberitahuan: Syarikat yang tidak lagi dibenarkan mengendalikan kiriman wang

Bank Negara Malaysia ingin memberitahu orang ramai bahawa syarikat-syarikat tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan mengendalikan urusan pengiriman wang:

  1. Redtone Telecommunications Sdn. Bhd.
  2. LBC Remittance Express Sdn. Bhd.
  3. Worldwide Remittance (M) Sdn. Bhd.
  4. PPTKI RemitXpress Sdn. Bhd.
  5. Herald Remittance Sdn. Bhd.
Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat kiriman wang melalui syarikat-syarikat di atas kerana terdapat risiko wang kiriman tidak sampai kepada penerima.


Mana-mana individu yang melibatkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram boleh disabit melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, iaitu termasuk penglibatan dalam urusan berkaitan hasil daripada aktiviti haram seperti mengendalikan kiriman wang tanpa kebenaran.

Orang ramai yang berurusan dengan individu-individu yang tidak diberi kebenaran mengendalikan servis kiriman wang akan turut menerima akibat sekiranya wang yang terlibat dibekukan untuk tujuan siasatan di bawah AMLATFA.
kredit to SAY NO TO MLM

kekayaan bukan sekadar WANG RINGGIT

Semua orang ingin jadi kaya.Bila dah kaya semua boleh buat , nak beli kereta besar , beli rumah besar dan beli isteri besar.Hebat sangatkah jadi orang kaya ni.Aku belum kaya lagi tapi aku bersyukur dengan apa yang dikurniakanNYA.
Aku ingin tanya pada diri aku sendiri dan kawan-kawan semua di mana kedudukan kaya anda sekarang :
  1. Kaya Dunia.
  2. Kaya Akhirat.
  3. Kaya Dunia dan Akhirat.
  4. Tidak Tahu.

Anda menang cabutan bertuah Wang tunai sebanyak RM 25 ribu ringgit daripada Power Root Sdn Bhd.

Pagi tadi saya telah menerima satu sms rambang yang mengatakan saya sudah menang cabutan bertuah Wang tunai sebanyak RM 25 ribu ringgit dariapda Power Root Sdn Bhd.
Berikut adalah text penuh Sms yang saya terima :-
Frοm + 60178953467
Congratulations
Sim Card anda telah berjaya memenangi Cabutan Wang Tunai
Rm.25.000,00 dri,( POWER ROOT SDN BHD)
Sila tel:
012 842 5484
Terima Kasih.
satu lagi teknik: 
kepada sesiapa yang menerima sms yang tidak dikenalii. Sila abaikan kerana ini adalah salah satu sindiket mencuci wang haram (Wang palsu). Si penghantar sms akan meminta anda memberi no akaun anda pada bank-bank tertentu dan juga maklumat-maklumat peribadi anda sebelum Mereka memasukkan wang haram tersebut. Sebagai contoh, anda memenagi peraduan sebanyak Rm 10, 000. Tetapi, mereka akan memasukkan berjumlah RM 50,000 ke dalam akaun anda.(wang palsu). Selepas proses tersebut selesai, mereka akan mencari atau menghubungi anda untuk mengeluarkan baki Rm 40,000 wang tersebut (wang BNM). Biasanya sindiket ini banyak dipelopori oleh mat-mat afrika. Jangan terjebak dengan jenayah ini. sekali anda terlibat, adalah sukar untuk keluar. Kalu dahulu banyak warga kita menjadi keldai dadah, kini ada perniagaan baru yang lebih lumayan.

22 February 2011

buat teman2 ku....

'sebaik-baik suami antara kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan akulah yang paling baik antaramu terhadap isteriku.  tidak seorang yang memuliakan kaum wanita melainkan ia adalah seorang yang mulia, sebaliknya tidak seorang yang merendahkan martabat kaum wanita kecuali ia seorang yang rendah tidak mengenal budi'-Hadis Nabi

the tru kaler of them...

mlm tu NANA & mak nye alik lewat, biase ler p shopping bnyk brg nk beli. smpai umah, NANA tgk pntu dpn trbukak. ayah & abg plak tdo, brdengkur dpn tv. mereka nk msuk umh tp xdpt sbb gril brkunci. NANA pn mnjerit2 pngil ayh & abgnye tp diorg tdo mati. 'org tua ni klu dh tdo,kite jerit pn xdgr'..kate mak c NANA..
gedegang!! gedegang!! mereka goncang gril, pn kedunye x sdar. lalu NANA bunyikn hon keretanye kuat2. tp ayh & abgnye trus gak brdgkur. NANA dpt idea, dia pn dial henpon abgnye...tretttttttttt...treeeeeeett!!!!
abg NANA trus trjage & cpt2 ambil henpon kt sblahnye 'hellooo..' Kmudian dia brlari amik knci kt dinding & bukak gril. barulah NANA & emaknye dpt masuk. emak NANA kmudian pergi kt tv & 'tap'...dia mnutupnye...tp,sbaik jer tv d tutup,ayah NANA  yg tdnye tdur brdgkur tbe2 trjage..'ehh...maknye,cpt bukak balik tv tu, sy nk tgk!'...
wuahahahahhahaaa...

20 February 2011

wIFe & gUrLfreN..

Different between Wife & Girlfriend Some people say: Wife is a HARIMAU ............... Girlfriend is HARI HARI MAHU And some say: Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP) At home watch TV, Go out bring HP. No money, sell TV. Got money change HP. Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP. TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated. TV is big, bulky and most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time. Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding. Most Important, TV got remote but HP don't have. Last but not least....... TV do not have virus but HP have VIRUS...... Once get it, HABIS LAH.

TV ka HP tin?..*tiada kaitan dgn artikel..hrp maklum...peace!!


19 February 2011

d sebalik KERETA...

KERETA..slain dr bebanan hutang bulanan yg kite kne tanggung, ape lg klebihan kereta?.. ade prkare laen d sbalik kereta korang, antarenye..
  1. mnjadi slh 1 jentera pmbunuh yg misteri & kejam. juga bnyk mmbantu dlm peningkatan statistik kmatian kt dunia ni.
  2. mnjadikan pemiliknye papa kedana sbb slalu rosak x kire mase & memalukan bgai nk gile bile abis mnyak kt jlnraye.
  3. slalu d jadikn bhn tuk menaikkan sikap blagak & bongkak pemiliknye bile kereta tu lebih hebat dr keta member yg laen.
  4. slalu d jadikn stor sementare tuk simpan baju, selipar, bantal, teddybear skaligus dpt membezakn pemiliknye lelaki @ perempuan. sgt membhayakn. penjenayah dpt clue dr kereta korg.
  5. bleh mnyebabkn prgaduhan laki bni sbb si bni brkongsi kasih dgn kereta bgaikn brmadu. ksian dpt laki giler keta.
  6. slalu gak d slhgunekan oleh golongan brnafsu setan yg jdikn kereta tuk tmpat 'ringan-ringan'...
kredit: SABRIE SAB

CINTA....gelora jiwa

cinta, apakah tndanya? jika engkau hnya mmpermudah kata saja, hati...x akn brbunga, jika sang asmara  tidak mresap ke dlm jiwa,
rndu, itulah tndanya, aku kasihmu aduhai asmara.. cinta oh cnta yg trnyata
hnya dptku sematkn d dlm dadaku yg remaja...
gelora,d dlm jiwaku, bergetar mrayukn sukma, mnyanyi lgu cnta hati, tndaku nan mmbalas cntamu, yg tidak mudah hilg dr genggamanku..

10 mknan trbaek merangsang MINDA...

  1. salmon - sumber trbaik ASID LEMAK OMEGA 3. kndungan DHA & EPA d dlmnye pnting utk prtmbuhan & prkembangan fungsi otak. kajian mnunjukkn individu yg mngmbil mknan ini mncatat kputusan memuaskn dlm peperiksaan trutama subjek pengiraan..
  2. telur - kuning telur mngandungi ZAT KOLIN yg mmbantu prkmbanagan minda & daya ingatan seseorg.
  3. mentega kacang - mknn ini mngandungi vitamin E yg jg mrupakn sumber antioksidan. ia brperanan mlindungi membran2 sel saraf. brsama thiamin, vitamin E mmbantu otak & sistem saraf dlm proses pnggunaan tnaga & glukosa.
  4. sumber kekacang - kaya dgn serat, mineral & vitamin. kcg merah & kcg pistasio mngndungi lbh bnyk asid lemak omega 3 brbnding jnis kekcg yg laen.
  5. gandum - serat yg trkndung dlm gndum asli dpt mmbantu mngatur plepasan glukosa dlm tubuh bdn kite. gndum jg mngndungi vitamin B yg brfungsi memelihara kshtn sistem saraf.
  6. hepermut - mrupakan sjnis emping yg d prbuat dr oat. ia kaye dgn serat & mmpu mnjage & memenuhi kprluan mnda. slain tu, ia jg trdpt vitamin E, B, zink & pottasium yg dpt mmbntu tbuh & otak brfungsi pd kapasiti penuh. berape gig?..itu kite x tau...
  7. beri - adik bradik (kelompok) dgn ceri, strawberi, blueberi..blackberry?...smakin pekat kaler buah beri ni,smakin bnyk zat mknan yg trkndung d dlmnye.beri mngndungi kadar antioksidan yg tngi khususnye vitamin C (utk cegah kanser, kanser pnyakit tau?...bkn taurus, leo, capricorn)..kjian mnunjukkan individu yg mngmbil ekstrak blueberi & strawberry mngalami prubhan +ve dlm fungsi daya ingatan. bjik buah beri ni jg kaye dgn asid lemak omega 3..
  8. sayuran brwarna - ubi, labu,bayam, lobak adelh antra syuran kaye gizi & sumber antioksidan. ia brfungsi mnjadikn sel2 otak sihat & kuat.
  9. susu & yogurt - mknn yg trhasil dr produk susu ini mngndungi vitamin & protein yg tinggi. ia pnting utk prtmbuhan otak serta enzim. slain itu, kdua2 mknan ini jg memberi kesan knyg brpnjngan krn kndngn protein & karbohidrat yg trkndung d dlmnye..
  10. daging tnpa lemak - mrupakn slh 1 sumber mknn yg mngndungi bnyk zat besi. kndgn zat besi dlm 100g dging sbnyk 4.05mg..jom mkn steak lembu...moooohhhhh...

mereka2 yg mngamalkn 10 mkanan trbaik d atas..efeknye,sntiase gmbire..hikhikhik..peace kwn2!!...

15 February 2011

nk slim?..makan mcm ni..

favret ni..nyum nyum..
 ni lagi favret..
  badan makin membesar..niat nk slim, langsing..perlu ke tolak mkanan favret sume ni & lari dr godaan mkanan? SEBENARNYE, utk diet kite x prlu pkse dri brlapar dgn diet yg ekstrem. DIET LAH DGN BIJAK dlm memilih mknan SECARA SIHAT & tahu akn kprluan tbuh bdn kite.
  ni antara amalan2 diet yg mudah smbil pelihara ksihatan..
  1. HENTIKAN DIET MELULU (jgn tiru diet org laen. amalkn diet program dgn pola pmakanan yg btul,seiring dgn snaman..)  
  2. MAKAN SIKIT2 (yg ni rmai GAGAL..slalunye lapar ke x, kompem nk abiskn sepinggan. kn?)
  3. DIET ATKINS (diet tnp gula. jauhi susu pkat manis, mnuman brkarbonat & mnuman kordial)
  4. MAKAN SALAD (tanpa sos @ mayonis)
  5. BUAH GANTI SNEK (benti amek snek x brkhasiat. mkn buah & syuran yg kerap dpt elak serangan jntung & kanser) 
  6. HATI2 KALU BERAT BDN TURUN MENDADAK (pnurunan yg mndadak x baik tuk ksihtan. brkmungkinan akn mndtgkn kesan buruk pd organ dlman spt hati & gnjal. so,rncg program diet secara berkala supaya pnurunan berat bdn brlaku secara brperingkat)
amacam?...nk slim x? hehhehehhee

Kawan sebenar


ORANG yang paling berhak dikekalkan kemesraan ialah yg tidak menjemukan anda ketika mendekatinya, tidak pula dia melupakan anda ketika berjauhan.  jika anda mendekatinya, dia mendekati anda, jika anda berjauhan darinya, dia memelihara anda..
  DAN jika anda MEMINTA PERTOLONGAN dengan senang hati dia membantu anda.  jika anda berlindung dengannya, dia menanggung anda dan kemesraan serta kebaikan perbuatannya sepanjang masa lebih banyak daripada kemesraan dan kebaikan kata-katanya. - PENDETA



12 February 2011

pergelutan kehidupan.

  mase aku kecik dlu, aku bnyak abiskn mase kt umah nenek..umah kmpung, prsekitaran kampung, membesar sbg BUDAK KAMPUNG...prmainan aku kt sekitar semak samun.  pacat, nyamuk, spider, ladybird memg favret aku. satu lg,pantang jumpa kepompong rama2. aku suke tgu bile tgk kaki halus dier kuar kt lubang kecik kepompong tu.
  payah & x ptus ase..lme aku tgu. payah btol rama2 tu nk meloloskn bdn tp last2 berenti,x kuat dh..lemah x brdaye. kesian. aku pn koyakkn sket bg besar lubang tu. hah! keluar dh ank rama2 tp kuncup je. x kembang. kne tgu plak bile dier nk kembangkn sayap.cantik, kaler itam putih oren. tp hrpan aku tgal hrpn. ank rama2 tu lemah sgt.dier just bleh merayap,xleh terbang. jalan pn mnyeret,pastu jatuh ats tnah.
  korg npak x?...niat aku baek tp mse tu aku xtau fitrah khidupan. sbb scare semulajadinye,rama2 tu sbnrnye perlukan mase yg lame,brjam2 tuk keluar dr kepompong. PERGELUTAN dlm kepompong tu proses semulajadi supaye bdn & syap dia jd kuat lepas bebas brjaye keluar nti. rama2 yg keluar dr kepompong sblm wktu,sme mcm baby lahir xcukop bln.mmmm..
  mcm tu la khdupan kite, prjuangn & preasure sgt pnting. kite akn jd lemah kalu semuanye mudah tnpe sbrg rintngan n hlngan. kite x kn kuat, xkn brsemngat n matang tuk mngharung idop ni. mgkin,kite x kn boleh 'terbang lgsung kot..

11 February 2011

banjir owh banjir..

c kacak IRWAN men bnjir kt kpg rim,jasin...

sowi...gmbr blurrrrr

seram tgk air dh separas jln

da mcm nek sampan pdhal keta,mengarung jln yg dh d naek air

laluan utama JASIN-TANGKAK (kt kpg chohong) tenggelam dek banjir..rmai alik umah smbung tdo..

jom gelak2 sat..

beza style laki & pempuan p bank!
laki
1. drive smpai bank,parking & trus p atm machine.
2. masuk kad ATM.
3. tekan numb PIN & jumlah $$$..
4. amek $$$,ATM kad & resit.
5. masuk keta, tekan myk trus pecut.
pempuan
1. drive ke bank.
2. matikn enjin.
3. tgk mekap kt muke.
4. pkai mnyk wangi.
5. sikat rmbut.
6. jln ke mesin ATM smbil cari kad dlm beg.
7. masukkn kad ATM.
8. cari number PIN kt celah2 purse.
9. tekan numb PIN.
10. baca arahan 2mnt.
11. tekan 'CANCELL'.
12. tekan skali lg number PIN.
13. tekan 'CANCELL' skali lg.
14. kol suami/pakwe tny numb PIN yg btol.
15. tekan numb PIN yg btol & check baki.
16. masukkn jumlah $$$.
17. tekan 'SALAH'.
18. masukkn jumlah yg agk bsar.
19. tekan 'SALAH' skali lg.
20. masukkn jumlah yg lg besar.
21. amek $$$.
22. msuk dlm keta.
23. tgk mekap lg skali.
24. cari knci keta dlm beg.
25. hidupkn enjin keta & jln.
26. berenti tiba2.
27. p alik kt mesin amek kad & resit yg trtinggal.
28. msuk dlm keta.
29. letak kad ats dashboard.
30. buang resit ats jln.
31. tgk kt cermin pmandu.
32. periksa mekap lg.
33. betul2kn rambut n baju.
34. bukak radio & nyanyi2.
35. tgk SMS kt tepon.
36. masuk gear tuk reverse.
37. brek mngejut.
38. masuk gear ke dpn sbb td trsilap.
39. drive lbih kurg 2km.
40. bru tringat nk lpaskn handbrake...

SKIM CPT KAYA...kaya ke makin kayap?

  korg pnah dgr skim pak man telo? Program Amal Jariah Membantu Muslimin & Muslimat? login dpt rm100?..skim yg kmpul duit dr MASYARAKAT terutama BUMIPUTERA.
  skim ni gunakn kaedah piramid yg jnjikn pulangan keuntungan brkali gnda tp bape kerat je 'plabur' yg dpt hasil lumayan (mostly yg ikot serta pd peringkat awl plaksanaan skim),TETAPI majoriti yg mnyrtai pd pringkat prtngahan & akhir PUTIH MATA sebab sistem piramid ni RUNTUH..lebur..
  cerita pak man telo ni cebisan je,bnyk lg skim2 cpt kaya ni yg tngelam timbul dr mase ke smase. xpcaye?..bgn! dri!..cube tny org seblah tu, tau x mane2 bsnes yg kite bg duit (modal katenye) pastu goyang kaki,men fesbuk smbil minum starbak,lepak kopitiam,ajak kwn2 join pastu check kt bank wahhh dah bnyk la duit masyukkkk..ade?..benda ni mnyepah,cume XRMAI SEDAR mereka akn TERJERAT n bakal TERTIPU..
  cuba baca akhbar,kt internet, brlambak skim2 ni MUNCUL DLM MCM2 BENTUK & NAMA.  lepas 1 skim d kesan pihak brkuase,trus hilang skejap & kmudian tmbul yg laen plak, ats tjaan org yg same @ org laen..org2 mcm ni kesukaan diorg ADALAH mengeksploitasi pangai TAMAK manusia. manusia yg nk untung besar dlm mse yg sngkat..adekn skim yg beberape jam dh dpt modal n untung,PENIPU TOL...kalu btol, xde la cikgu nk p ngajar, makcik nk jual nasi lmak, sumer org nk join,leh cpt kaya... SO,LOGIK KE SKIM2 SUME TU?..
  tp knp rmai xtakot? xheran plaburan hangus, sbb modalnye rm20,rm100..apelah sgt kn? xde kesan pn tp yg suke2,sronok2 ni la yg buat skim2 mcm ni cpt tersebar luas & dpt smbutan wlpn rmai sdar rsiko & sjarahnye..rmai dh trtipu tp xnk mngadu sbb krugian xbyk mane tp yg mnaja dh tukar keta bru agaknye hasil tajaan..downline..mcm2 name,downline,upline,la ni ade mentor mentee lak tp modus operandi tetp same SKIM CEPAT KAYA.
  KEJAYAAN PELABURAN/BISNES yg d canang2kn ni sbnrnye brgntung pd kesanggupan peserta mncari peserta2 bru tuk teruskn piramid/rantaian yg ade. klu pserta x sebarkan & dpt pserta bru, piramid/rntaian skim ni pn terbantut, gagal & mati kt situ je la..dh xde sape nk join,xde $ masuk,stuck..time tu bru terasa rugi, komplen, mngomel sane sni ngadu ckp d tipu polan si polan..
  kesimpulan?...SAYANGILAH HASIL TITIK PELUH SNIRI WLPN SEPOSEN...simpan la kt ASB klu ade lbih.heheheh
 
 

arwah tetap dlm ingatan...

ari ni 11 feb 2011,genap 3bln mak meninggal...
  semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  Al-Fatihah.

bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

saat yg sunyi begini terasa amat rindu pada belaian tangan arwah mak, masakan arwah mak dan bebelan arwah mak. Mak..... terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini, membesarkan aku dari aku tak tahu apa-apa hingga aku boleh berlari sendiri kini, memberikan ku kasih sayang dan menjaga ku dgn penuh kesempurnaan. Tidak terbalas pengorbanan mu..hanya doa di kesunyian ini yang dapat ku titip dan kirimkan agar damai dan tenang roh dan jasadmu di sana, Al Fatihah.

09 February 2011

yeaahhaaaa! aku dh brjaye create blog sniri!

hehehheehe...
ermmmm...korg dpt bce ke ape aku tulis ni?...dpt ek?...hahahha...cm x caye jer...
td tgh men monopoly tetibe trsedar...smlm ade bdk form 5 citer blog2 kt aku,wow!...terer bdk tu...aku?...malu sniri sbb x tau ape mende blog..aku tau blog ni cm...mcm tu la...gelak kn aku eh?...aku tau la,x reti nk describe je 'ketahuan' aku ni..dh..aku nk post laen2 lak..well,macih,tenkiu veli much eh?...muahhhh